mcmc
Maklumat Pi1M

KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

 

 

 INTERNET itu mesra pengguna, bersifat global dan dibuka setiap waktu. Dengan internet anda boleh :

  • Mencari dan berkongsi maklumat dengan lebih efektif.
  • Memudahkan urusan harian dan perniagaan.
  • Berkomunikasi dan berinteraksi bersama keluarga dan rakan-rakan tidak kira dimana mereka berada.
  • Mendapat berita terkini dan mengetahui hal ehwal semasa.

 

RISIKO-RISIKO yang mungkin anda hadapi :

  • Melalui internet anda terdedah kepada sesiapa sahaja yang ingin memanipulasi anda.
  • Melalui internet anda terdedah kepada kandungan-kandungan yang tidak sihat dan tidak bermoral.
  • Terdapat beribu-ribu iklan di dalam internet yang boleh memperdayakan anda.

 

JANGAN BERKONGSI KATA LALUAN DAN NAMA YANG DIGUNAKAN

ü  Tukar kata laluan anda sekerap yang mungkin.

ü  Gunakan kata laluan yang kompleks dan panjang tetapi mudah untuk anda ingati.

ü  Jangan kongsi maklumat peribadi seperti nama sebenar, alamat dan nombor telefon dengan orang yang tidak dikenali.

 

BIJAK APABILA BERKONGSI

ü  Fikirkan dahulu sebelum meletakkan apa-apa gambar atau kandungan-kandungan yang ingin dikongsi bersama rakan-rakan maya anda.

ü  Ingat, apa-apa kandungan yang dikongsi atau dimuatnaik oleh anda berkemungkinan tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dari alam siber.

ü  Kandungan ini juga boleh diungkit-ungkit oleh orang lain pada masa akan dating.

 

BERBUDI BAHASA DAN JANGAN SEBARKAN FITNAH

üHormati orang lain ketika anda berkongsi pandangan dan jangan membiarkan emosi mempengaruhi anda.

ü  Jangan sebar khabar angin. Rujuk dahulu dengan sumber yang boleh dipercayai.

ü  Elakkan daripada menggunakan perkataan yang berbaur perkauman atau lucah.

 

BACA DENGAN TELITI DAN FAHAMI SYARAT-SYARAT SERTA TERMA PERKHIDMATAN DAN GUNAKAN KEMUDAHAN PRIVASI DAN LAPORAN YANG DICADANGKAN OLEH LAMAN SOSIAL TERSEBUT

ü  Fahami syarat-syarat dan terma yang disediakan.

ü  Tingkatkan keselamatan akaun anda dengan menetapkan tahap privasi yang berpatutan.

ü  Buat laporan penyalahgunaan diruangan yang disediakan oleh pihak pentadbir laman web.

 

MEMASANG PERISIAN KAWALAN DAN ANTI-VIRUS

ü  Memasang perisian kawalan (filtering software) dikomputer masing-masing adalah salah satu mekanisma bagi memastikan kandungan yang kurang sopan tidak boleh diakses dan dapat disekat dengan cara yang lebih komprehensif dan efektif.

ü  Berhati-hatilah!! Pelbagai virus dan program (malware) yang terdapat di internet yang boleh menyerang dan menjejaskan keupayaan komputer anda.

ü  Dengan memasang perisian kawalan dan anti-virus, anda dapat melindungi komputer anda dari dipergunakan oleh pihak ketiga.

 

Ingat, bersama-sama kita KLIK DENGAN BIJAK untuk membudayakan penggunaan internet secara SELAMAT dan BERTANGGUNGJAWAB.