| Tarikh | 8 Januari 2026 |
| Tempat | NADI Kampung Raja Bukit Kepong |
| Masa | 3.30 am – 4.30 pm |
| Peserta | Komuniti Setempat |
Tujuan
Forum NADI Mahir Intake 3 adalah bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang program mahir yang dijalankan di NADI merangkumi kelas yang diadakan, silibus, tempoh kelas, tenaga pengajar dan lain-lain supaya komuniti lebih jelas dan faham hala tuju kelas NADI Mahir.
Aktiviti
Peserta diberi taklimat tentang 5 kelas NADI Mahir yang dijalankan iaitu Mahir Masak, Mahir Pertanian Pintar, Mahir Foto, Mahir Baiki gajet dan Mahir Jahit. Setiap kelas mempunyai tenaga pengajar yang bertauliah dan waktu kelas adalah fleksibel mengikut pilihan peserta. Setelah selesai taklimat turut dijalankan cabutan bertuah untuk peserta yang hadir.


