| Tarikh | 14 Mac 2026 |
| Tempat | NADI Kampung Raja Bukit Kepong |
| Masa | 8.30 am – 4.30 pm |
| Peserta | Komuniti Setempat |
Tujuan
Bazar raya NADI 2026 bertujuan untuk merancakkan ekonomi setempat, malah membuka peluang kepada masyarakat mencuba bidang keusahawanan secara kecil-kecilan dan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat menjelang Aidilfitri.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang dijalankan sempena program bazar raya NADI Kampung Raja Bukit Kepong. Para usahawan mula beroperasi pada pukul 8.00 pagi. Pada pukul 8.30 pagi telah diadakan aktiviti Mari Mengaji bersama komuniti setempat. Setelah itu diadakan pertandingan tulisan jawi, kuiz ramadan dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Orang ramai memberi sambutan yang baik terhadap jualan usahawan. Terdapat juga kaunter pembayaran zakat dan juga saringan kesihatan.








