E-WASTE / E-SISA ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada peralatan elektrik dan elektronik yang telah dibuang secara selamat dan kitar semula akhir-jangka-hayat (EOL) peranti berasaskan SIM. Contoh peranti berasaskan SIM :
- Telefon Bimbit
- Telefon Pintar
- Tablet
- Phablet (Tablet + Telefon)
Antara faktor utama :
- Peningkatan permintaan dalam industri
- Kadar keusangan barangan ICT yang tinggi
Implikasi / kesan pengurusan e-sisa yang tidak teratur :
- Kesan buruk terhadap kesihatan dan alam sekitar
- Pengurangan sistematik sumber logam yang berharga
KESAN NEGATIF AKIBAT PELUPUSAN E-SISA MUDAH ALIH TIDAK BERHEMAH
- Kadmium – Penyakit paru-paru, kerosakan buah pinggang, penyakit tulang dan penyakit itai-itai (masalah tulang belakang dan sendi)
- Merkuri – Kerosakan kulit, kegagalan buah pinggang, gelaja neoropsikiatri, kemerosotan daya ingatan dan insomnia
- Plumbum – Kerosakan sistem saraf utama, sakit kepala, hilang ingatan, kegagalan buah pinggang dan sakit perut
- Lithium – Kerosakan buah pinggang, masalah ingatan, gangguan pergerakan dan psikosis
PASTIKAN..
– Pelupusan dan kitar semula secara mesra alam bagi peranti yang tamat jangka hayat.
– Kesedaran terhadap kesan buruk pada kesihatan dan persekitaran akibat pelupusan peranti mudah alih secara tidak berhemah.
– Pendidikan tentang cara mengitar semula dan membaikpulih peranti mudah alih anda.
