Memulakan tapak di Kampung Bukit Bendar Bukit Kepong pada 2010, kini Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Raja Bukit Kepong yang dahulunya dikenali Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Pusat Internet Kampung Bukit Bendar telah berpindah ke lokasi yang lebih strategik iaitu beralamat di KT 83, Kampung Raja, Bukit Kepong, 84030 Muar, Johor. Mengambil faktor kedudukan atau lokasi serta keahlian baru, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Raja Bukit Kepong telah memulakan operasinya pada Januari 2016 dengan kemudahan-kemudahan tertentu serta peralatan dan perkakasan perkomputeran yang terkini dan serba baru.
Pada 02 Ogos 2016 bersamaan 28 Syawal 1437H, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Raja Bukit Kepong telah menerima kunjungan dari Yang Berhormat Tuan Haji Ismail Mohamed, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Serampang dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Johor, sekaligus merasmikan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Raja Bukit Kepong (dahulunya dikenali Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Pusat Internet Kampung Raja Bukit Kepong) sempena Program Hari Bersama Komuniti 2016. Program yang penuh gilang gemilang itu turut dihadiri oleh Puan Hajah Rahimah Najibah Binti Abd Rahim, Pengerusi PDK kawasan Bukit Serampang selain kunjungan dari wakil Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM).