Utama
| Tarikh | 27 Jun 2026 |
| Tempat | NADI Kampung Raja Bukit Kepong |
| Masa | 9.30 am – 9.00 pm |
| Peserta | Komuniti Setempat |
Tujuan
Pertandingan Mobile Legends dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta di samping memupuk semangat kerjasama, komunikasi dan kesukanan. Selain itu, pertandingan ini bertujuan menyediakan platform kepada para pemain untuk menyerlahkan bakat dalam bidang e-sukan serta menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti digital yang positif, beretika dan berdaya saing. Melalui pertandingan ini juga, peserta dapat mengasah kemahiran berfikir secara strategik, membuat keputusan dengan pantas serta membina keyakinan diri dalam suasana persaingan yang sihat.
Aktiviti
Saringan MLBB seramai 9 kumpulan yang menyertai. Perlawanan dijalankan secara liga. Antara kumpulan yang bertanding, kumpulan Apit 969, Orietal Oceans, Roti Canai Esport, Ose7en, Royalty, Pondok Lama, Silent Killer, Samurai & Team TG. Peserta mengikut arahan dan sangat berdisplin. Juara pertandingan Mobile Legends peringkat NADI Kg Raja Bukit Kepong dimenangi kumpulan Ose7en dan akan mewakili NADI Kampung Raja Bukit Kepong ke peringkat negeri untuk tahun 2026.



KELAS MAHIR BULAN MEI 2026
Tarikh Sepanjang Mei 2026 Tempat NADI Kampung Raja Bukit Kepong Masa 9:00 am – 5:00 pm Peserta NADI Kampung Raja Bukit Kepong Tujuan Memberi peluang kepada komuniti setempat untuk menyertai […]
KELAS INOVASI ROBOTIK & KELAS ANIMASI DALA PYTHON
Tarikh 18 April 2026 Tempat NADI Kampung Raja Bukit Kepong Masa 8.30 am – 12.30 pm Peserta Komuniti Setempat Tujuan Bertujuan Meneroka asas robotik dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif […]
KURSUS PENGENDALI MAKANAN
Tarikh : 8 Mac 2026 Tempat : NADI Kampung Raja Bukit Kepong Peserta : Komuniti Setempat


