Utama
| Tarikh | 27 Jun 2026 |
| Tempat | NADI Kampung Raja Bukit Kepong |
| Masa | 9.30 am – 9.00 pm |
| Peserta | Komuniti Setempat |
Tujuan
Pertandingan Mobile Legends dianjurkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan peserta di samping memupuk semangat kerjasama, komunikasi dan kesukanan. Selain itu, pertandingan ini bertujuan menyediakan platform kepada para pemain untuk menyerlahkan bakat dalam bidang e-sukan serta menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti digital yang positif, beretika dan berdaya saing. Melalui pertandingan ini juga, peserta dapat mengasah kemahiran berfikir secara strategik, membuat keputusan dengan pantas serta membina keyakinan diri dalam suasana persaingan yang sihat.
Aktiviti
Saringan MLBB seramai 9 kumpulan yang menyertai. Perlawanan dijalankan secara liga. Antara kumpulan yang bertanding, kumpulan Apit 969, Orietal Oceans, Roti Canai Esport, Ose7en, Royalty, Pondok Lama, Silent Killer, Samurai & Team TG. Peserta mengikut arahan dan sangat berdisplin. Juara pertandingan Mobile Legends peringkat NADI Kg Raja Bukit Kepong dimenangi kumpulan Ose7en dan akan mewakili NADI Kampung Raja Bukit Kepong ke peringkat negeri untuk tahun 2026.



KELAS WEBSITE
Tarikh :18 & 21 Januari 2021 Masa :10.00 Pagi – 1.00 Tengahari Tempat :Pusat Internet Komuniti Kampung Raja Bukit Kepong Peserta :Belia dan wanita Tujuan Untuk Puan Azlein, beliau […]
AKTIVITI ONLINE KUIZ KDB
Tarikh : 23 Januari 2021 Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari Lokasi : Pusat Internet Kg Raja Bukit Kepong Peserta : Belia dan Wanita Tujuan Dengan adanya Pandemik covid-19, pembelajaran dan […]
KELAS MATEMATIK
Tarikh : 7 Januari 2021 Masa : 4.00 Petang – 6.00 Petang Lokasi : Pusat Internet Komuniti Kg Raja Bukit Kepong Peserta : Pelajar Sekolah Rendah Tujuan Kelas E-Pembelajaran […]
USAHAWAN KRAFTANGAN
Kraftangan merupakan salah satu penyumbang kepada pembangunan ekonomi sesuatu kawasan yang mana ianya juga tergolong dalam satu industri pelancongan. Begitu juga di kawasan Bukit Kepong, selain menjadikan pertanian dan perladangan […]


