Nak jana pendapatan melalui Lazada atau Shopee??? Ada produk sendiri? Tapi tak tahu macam mana nak iklankan produk anda? Ya. Andalah yang kami cari! Jom sertai bengkel keusahawanan kami . Dan berpeluang menyertai Pertandingan Usahawan Baru Online.Sila baca syarat2 di bawah sebelum hantar maklumat kepada kami:
-Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)
-Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia
-Berumur 18 tahun dan ke atas
-Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)
-Perlu menyertakan Invois dan rekod Jualan bulanan (Cetak dari Platform yang digunakan) kepada Petugas untuk dihantar bersama Laporan Akhir.
-Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan boleh hadir ke Pusat Internet Kg Raja,Bukit Kepong.
